;

Tuesday, November 17, 2009

Kem Motivasi Jati Diri Antara Sekolah-Sekolah Felda


17/11/2009 Kem Motivasi Jati Diri telah di adakan di sekolah kami selama 3 hari 2 malam..Penglibatan murid murid dalam kem ini cukup memberi seribu makna kepada rohaniah dan insaniah dalam diri memasing.Pendedahan awal yang melibatkan pelajar tahun 3-5 telah memeriahkan lagi suasana ini yang di adakan buat kali ke 5 berturut setiap tahun.Persiapan yang di jalankan mendapat sokongan banyak pihak dari PPD kauala Pilah,PIBG skbrbf sendiri dan juga sokongan ibu bapa yang bersemangat menghantar anak-anak ke kem ini.Suasana pilu dan sedih juga terasa apabila ada para pelajar dan ibu bapa yang bersedih seakan mahu meninggalkan anak mereka buat selamanya.ini menambah pilu kepada suasana petang pada hari itu.Keadaan ini agak kelam kabut apabila ada pelajar yangtak mahu turut serta dalam kem motivasi tersebut.Namun dengan kebijaksanaan pihak pengurusan dan pentadbiran segalanya berjalan lancar dan baik.Pelajar kini telah mula serasi dan menghayati perjalanan motivasi dalam kem ini dengan semanagt yang jitu dan waja.Di harapkan semua pelajar ini akan kembali bersemangat dan tidak pernah lupa akan tanggungjawab diri sebagai pelajar.Hari dalam kenangan ini tidak akan di lupakan buat selamanya bagi warga sekolah ini.Kemeriahan ini pasti jua di harapkan akan berterusan sehingga ke tahap 2.