;

Wednesday, November 18, 2009

Hajat Tercapai Jua


Gempar,gemuruh,terkejut!itulah perasaan semua guru dan kakitangan sekolah ini apabila mendapat tahu bahawa kejayaan telah di tempa sejak tahun 2003 lagi katandusan.Kini gurun yang tandus itu telah penuh dengan air untuk menyuburkan kehidupan di SKBRBF.Keriangan itu jelas terpancar pada setiap wajah guru guru di sini yang tak sabar sabar mahu melihat siapakah bakal pelajar 5A itu.Kini hadiah misteri yang tergantung di laluan pejalan kaki itu bakal di turunkan.Majlis yang penuh gemilang itu akan berlangsung esok bersama majlis perpisahan guru yang akan bertukar balik ke negeri yang di pohon.Pasti suasana sedih dan pilu akan berlaku tetapi semua itu sesuatu yang biasa kerana setiap yang bermula pasti akan berakhir.Akhir kata dari kami warga sekolah Tahniah kepada pelajar yang berjaya Zairul Akmar , Norazlan dan Tahniah juga pada Cikgu Sufian yang telah dapat bertukar ke daerah Kulai negeri Johor Begitu juga dengan Cikgu Rosaidi .Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi.