;

Sunday, November 22, 2009

Majlis Perpisahan


Jasamu Di kenang Guru...tanggal 20/11/2009 bermula jam 9.30 pagi bertempat di dewan SKBRBF bermulalah detik sejarah bagi sekolah ini apabila 2 orang gurunya yang tercinta dan di sukai ramai pelajar di sekolah tersebut telah melangkah pergi untuk berhijrah ke kampung halaman memasing.Guru tersebut adalah En.Sufian B. Ngatemin dan juga En.Rosaidi B. Mohamad .Kedua guru ini telah meyumbangkan banyak jasa bakti kepada sekolah ini yang tidak mungkin akan dapat terbalas oleh mana-mana pihak.Sesungguhnya sumbangan kedua guru ini amat bererti bagi sekolah ini yang telah lama inginkan kejayaan para pelajarnya.Kedua guru ini amat rapat dan sangat di senangi oleh semua rakan sekolah dan pelajar yang tidak mungkin akan berjumpa lagi selepas ini.Namun pemergian kedua guru ini ke tempat baru janganlah di lupakan tempat yang lama.Semoga perjuangan di tempat baru akan berterusan seperti sebelumnya.Kami warga sekolah Bukit Rokan Barat mengucapkan selamat maju jaya samapai bertemu dan sua kembali di masa mendatang.Akhir kata teruskan perjuanganmu wahai guru ku..